Resepi Kari Perut Lembu, Kari Tanpa Santan

Hai semua. Resepi yang akan saya kongsikan pada hari ini ialah resepi kari perut lembu.

Resepi kali ini memang lain berbanding resepi yang pernah saya kongsikan. Ini merupakan pertama kali saya kongsikan resepi berasaskan perut lembu.

Sebenarnya, saya tak makan pun perut lembu tapi adik-adik saya makan. Jadi, resepi ni saya dapat daripada adik saya. 

Jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan
Perut lembu-dihiris & dicuci
3 biji bawang merah-ditumbuk
5 ulas bawang putih-ditumbuk
1 1/2 inci halia-ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari
3 sudu serbuk kari-dibancuh dengan air
Air asam jawa-secukupnya
Garam-secukupnya 
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga & bunga lawang).

2. Masukkan bawang dan halia. Tumis sehingga garing.

3. Masukkan bancuhan serbuk kari dan daun kari lalu kacau.

4. Setelah bancuhan serbuk kari garing, masukkan air asam jawa lalu biarkan seketika.

5. Masukkan perut lembu dan kacau. Biarkan sehingga air daripada perut lembu keluar dan mendidih.

6. Masukkan garam dan kacau.

7. Hidangkan kari yang sudah siap dimasak.

Kari Perut Lembu

Selalunya keluarga saya akan masak berlada perut lembu ni. Tapi tiba-tiba pula nak tukar selera sebab tu masak kari kali ni. 

Kalau anda, bagaimana anda masak perut lembu? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Selamat mencuba dan jumpa lagi.

*Resepi ini sudah dikongsikan di YouTube The Wonderful Jannah. Jangan lupa tonton versi video juga.

Baca resepi yang lain:



Comments

  1. Akak pun tak makan perut lembu. Tapi ramai yang kata sedap. ☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, kak. Selalu dengar orang cakap sedap perut lembu ni.

      Delete
  2. kalau perut, saya makan yang telah jadi sate je awak hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan perut masak kari..
    Selalu makan dalam sup je.. menarik juga resepi yang Jannah share ni..

    ReplyDelete

Post a Comment