Resepi Ayam Masak Ala Thai

Hai semua. Selamat datang ke The Wonderful Jannah. Hari ini saya akan kongsikan dengan anda resepi ayam masak ala Thai.

Untuk resepi kali ini, agak berbeza dengan resepi yang TWJ selalu kongsikan. Bahan-bahan yang diperlukan agak banyak. Namun, jangan risau kerana semuanya mudah didapati.

Mari kita baca resepi ayam masak ala Thai ini.

Bahan-bahan
Ayam-digaul dengan serbuk kunyit & garam
1 batang serai-diketuk
4 biji bawang merah-ditumbuk
5 ulas bawang putih-ditumbuk
1/2 inci halia-ditumbuk
8 biji cili padi-ditumbuk
Daun limau purut
Air asam jawa-secukupnya
sedikit serbuk kunyit
Garam-secukupnya
Stok ayam-secukupnya
Gula kabung-secukupnya
Minyak masak

Cara-cara memasak
1. Panaskan minyak di dalam kuali lalu masukkan ayam. Goreng sehingga ayam separuh masak.

2. Angkat dan ketepikan ayam.

3. Masukkan serai ke dalam minyak lebihan menggoreng ayam.

4. Masukkan bawang, halia dan cili padi. Tumis sehingga garing.

5. Masukkan daun limau purut dan kacau.

6. Masukkan air asam jawa lalu kacau seketika.

7. Masukkan serbuk kunyit. Kacau hingga sebati.

8. Masukkan garam dan kacau hingga sebati.

9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi lalu kacau.

10. Masukkan stok ayam dan gula kabung. Kacau hingga sebati.

11. Tutup api dan hidangkan ayam yang sudah siap dimasak.

Ayam Masak Ala Thai

Walaupun ayam masak ala Thai ni nampak macam susah untuk dimasak, tapi senang saja sebenarnya. Yang paling penting berbaloi dengan hasilnya. Memang sedap kalau makan dengan nasi yang masih panas. 

Kalau anda rasa susah nak faham melalui penulisan, boleh tonton video resepi yang sudah saya kongsikan di YouTube The Wonderful Jannah. 

Selamat memasak.


Comments

Post a Comment