Hai semua. Kembali lagi dalam review novel di The Wonderful Jannah. Dalam entri hari ini, saya ingin review novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah.
Saya beli novel ini pada tahun 2016. Pada masa tu, saya belum ada blog lagi. Apabila dah ada blog ni, barulah saya mula buat review di sini.Dulu selalunya tulis ulasan untuk NILAM je tapi bukan ulasan bagi novel lah😂. Sambil menulis review novel ni, dapatlah juga saya mengasah kemahiran menulis walaupun dah tamat pengajian.
Baiklah, kita kembali ke tujuan utama entri ini, iaitu untuk review novel 7 Hari Mencintaiku. Saya suka dengan cover depan novel ni. Memang cantik.
Baiklah, kita kembali ke tujuan utama entri ini, iaitu untuk review novel 7 Hari Mencintaiku. Saya suka dengan cover depan novel ni. Memang cantik.
7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah |
Judul: 7 Hari Mencintaiku
Penulis: Siti Rosmizah
Genre: Cinta, kekeluargaan
Tahun terbitan: 2011
Penerbit: SR Publication
Harga: RM 32.90 / RM 35.90 (SS)
Mukasurat: 1048
Review:
Review:
Mia Adriana terpaksa berkahwin dengan Khuzairi, anak kepada kenalan bapanya yang berasal dari kampung. Disebabkan tunang Mia, iaitu Khalil tidak menghadirkan diri semasa hari akad nikah, Khuzairi menjadi pengganti atas permintaan bapa Mia. Tapi sebenarnya Khuzairi memang sudah lama sukakan Mia.
Memang sikap angkuh Mia jelas kelihatan terutamanya di hadapan Khuzairi dan orang-orang di kampung. Walaupun sikap Mia selalu menyakitkan hati semua orang, kadang-kadang kesian juga dengan Mia. Baru sahaja kehilangan ayah tercinta, kehilangan harta dan harus menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung.
Kemudian, Mia juga harus berhadapan dengan ibu mentua (Mak Leha) yang tidak sukakan dirinya. Kiranya Mia ni bukan menantu pilihan Mak Leha. Tapi nasib baik Mia ada Pak Samad, bapa mentua yang menganggap Mia seperti anaknya sendiri.
Saya memang kagum dengan Khuzairi sebab mampu bertahan dengan sikap Mia yang sememangnya tidak menghormati Khuzairi sebagai suami. Khuzairi juga tersepit antara ibu dan isterinya. Memang mencabar apabila ada konflik antara isteri dan ibu sendiri.
Apa yang membuatkan novel ini berbeza ialah kerana latar tempatnya di kampung. Kurang memfokuskan kepada kehidupan orang di bandar. Namun, walaupun tinggal di kampung, Khuzairi seorang yang mempunyai kerjaya yang hebat. Seorang doktor yang sangat merendah diri dan baik hati.
Kalau baca novel ni, memang kena bersedia dengan kata-kata yang jeluar dari mulut Mak Leha dan Mia. Tapi Mia ni walaupun cara bercakap kasar, hatinya baik. Mia pernah selamatkan Helmi, adik Khuzairi. Lagipun Mia seorang peguam sebab tu pandai berkata-kata.
Masa baca novel ni memang geram dengan watak Mak Leha sebab asyik minta Khuzairi lepaskan Mia dan berkahwin dengan orang lain. Khalil dan Syakila pun sama, Suka burukkan nama Mia untuk kepentingan diri sendiri.
Namun, watak Nadia (adik bongsu Khuzairi) dan Sofi (sepupu Mia) memang terbaik. Kedua-duanya sentiasa memberikan sokongan moral kepada Mia. Sofi juga membantu Buntat (sepupu Khuzairi), yang merupakan anak istimewa untuk mendapatkan pendidikan yang bersesuaian. Memang lemah-lembut dan baik hati Sofi ni.
Boleh dikatakan novel ini ada happy ending walaupun ada beberapa orang pergi meninggalkan Mia untuk selama-lamanya,
Pengajaran:
- Menerima takdir yang tertulis. Mak Leha seharusnya menerima dengan hati terbuka yang Mia merupakan jodoh Khuzairi walaupun Mia bukan menantu pilihan.
- Jangan menilai seseorang dari luaran. Mia Adriana mungkin nampak kasar dan jahat dari luaran tetapi hatinya baik jika seseorang betul-betul mengenalinya.
- Memberikan sokongan moral kepada orang lain. Nadia dan Sofi memainkan peranan penting dalam memberikan sokongan moral kepada Mia ketika Mia berhadapan dengan pelbagai dugaan.
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada novel ini. 7 Hari Mencintaiku merupakan antara karya Siti Rosmizah yang menjadi kegemaran saya. Novel kedua pun saya dah baca. Kalau ada masa terluang nanti, saya kongsikan juga di sini😊.
Baca review novel yang lain:
-Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Qalif: Watak Cinta Terindah
Secara keseluruhannya saya ingin beri 9.5/10 bintang kepada novel ini. 7 Hari Mencintaiku merupakan antara karya Siti Rosmizah yang menjadi kegemaran saya. Novel kedua pun saya dah baca. Kalau ada masa terluang nanti, saya kongsikan juga di sini😊.
Baca review novel yang lain:
-Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah
-Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil
-Yang Lebih Sempurna karya Umie Liza
-Qalif: Watak Cinta Terindah
Yang pertama mungkin menarik tapi bila ada yang kedua dan ketiga buku/dramanya dah rasa meleret-leret pula..
ReplyDeleteCabaran besar kan untuk hasilkan novel kedua dan seterusnya sebab susah untuk pastikan storyline masih menarik.
Delete