Hai semua. Hari ini saya akan kongsikan pengalaman saya makan di restoran Sate Zul yang terletak di Teluk Sisek, berdekatan dengan Kubang Buaya dan jalan menuju ke Teluk Cempedak.
Ini bukanlah pertama kali saya makan Sate Zul tapi pertama kali makan di restorannya. Orang Kuantan ,mesti tahu tentang Sate Zul sebab memang antara sate yang terkenal di Kuantan. Selalunya saya hanya bungkus di cawangan mereka di medan selera T Station (kawasan Bypass Kuantan) kerana parkir banyak dan tak terlalu ramai orang biasanya.
Untuk restoran Sate Zul, lebih banyak pilihan sate dan makanan lain berbanding dengan cawangan di T Station. Tapi parkir sangat terhad. Jadi, datang awal kalau nak mudah dapat parkir.
Mari kita lihat apa yang kami pesan.
![]() |
Sate Zul |
Kami pesan sate ayam, daging, batang pinang, arnab, kambing dan itik. Tapi saya makan sate ayam dan daging saja. Yang lain tu adik saya saja yang makan. Selain itu, kami juga pesan nasi goreng pataya dan nasi goreng chicken chop.
Harga sate adalah berbeza mengikut jenis sate. Sate Zul ni antara sate yang kena dengan citarasa saya. Kuah satenya pun sedap dan harga berpatutan.
Comments
Post a Comment