Koleksi 10 Resepi Tidak Pedas, Sesuai Untuk Kanak-Kanak

Hai semua, Penyediaan makanan untuk kanak-kanak agak berbeza daripada orang dewasa. Kebiasaannya, para ibu akan menyediakan masakan yang tidak pedas untuk anak-anak mereka.

Bagi membantu anda mendapat idea masakan, saya kongsikan resepi masakan yang tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.

Anda boleh pilih mana-mana resepi yang bersesuain dengan bahan-bahan yang anda ada di rumah. Jom kita mulakan.

1. Nasi Goreng Ayam Kisar
Salah satu resepi yang mudah tapi sedap. Bahan-bahan yang diperlukan tidak banyak dan mudah didapati. Kalau nak lebih sedap, bolehlah tambahkan telur mata kerbau.

Nasi Goreng Ayam Kisar

2. Ayam Kisar Bersama Brokoli

Bagi ibu-ibu yang sibuk, bolehlah gabungkan sekali protein dan sayuran dalam satu hidangan. Memandangkan ayam kisar bersaiz kecil, mudah untuk kanak-kanak makan. 

Ayam Kisar Bersama Brokoli

3. Daging popcorn
Selalunya orang masak daging kari, kicap ataupun sup kan. Jadi, kita ubah sedikit supaya hidangan daging nampak lebih menarik. Daging popcorn ini boleh dimakan begitu sahaja ataupun bersama nasi putih.

Daging popcorn

4. Ayam Masak Halia Chinese Style
Untuk memudahkan kanak-kanak makan, mesti ada yang suka masak hidangan yang berkuah seperti sup ayam. Sesekali kita tukar kepada ayam masak halia chinese style pula. Boleh gunakan bahagian dada ayam kerana tiada tulang.

Ayam Masak Halia Chinese Style

5. 
Sayur Campur Bersama Ayam
Satu lagi hidangan yang sesuai buat para ibu yang ada waktu memasak yang terhad. Boleh campurkan sekali ayam ke dalam sayur campur goreng.

Sayur Campur Bersama Ayam

6. Ayam Masak Kicap
Ayam masak kicap juga merupakan resepi yang sesuai untuk kanak-kanak. Untuk ayamnya, terpulang kepada anda sama ada ingin goreng terlebih dahulu ataupun tidak.

Ayam Masak Kicap

7. Sup Telur
Telur ayam boleh ditukarkan menjadi hidangan yang menarik dan menyihatkan sebenarnya. Gabungan telur ayam, brokoli dan lobak merah sememangnya sedap. 

Sup Telur

8. Lyonnaise Potato
Selain daripada french fries, anda boleh cuba resepi Lyonnaise potato. Kentang dan bawang Holland digoreng terlebih dahulu sebelum digaul dengan parsli. Untuk rasa yang lebih sedap, boleh makan dengan sos lada hitam.

Lyonnaise Potato

9. Bihun Singapura
Bagi yang ingin menyediakan bihun, anda boleh cuba resepi bihun Singapura. Tanpa bahan yang banyak pun rasanya sudah sedap.

Bihun Singapura

10. Spaghetti Carbonara Ayam
Kalau anda yang ingin makan masakan barat, anda boleh memilih spaghetti carbonara ayam. Banyak sos carbonara yang ada di pasaran. Jadi, anda boleh pilih sos carbonara yang menepati citarasa anda.

Spaghetti Carbonara Ayam

Semoga perkongsian di atas membantu anda mencari idea untuk memasak. Selamat memasak😊.

Koleksi Resepi Ayam Yang Mudah Dan Sedap

Koleksi Resepi Nasi Goreng Yang Mudah Dan Sedap


Comments

  1. Semua penah masak utk anak dan dipedaskan sikit utk biasa kan dorang dgn pedas. Yang tak pernah buat cuma Lyonnaise potato tu je

    ReplyDelete
  2. Wah nasi goreng tu sedap nampak..syukur nikmat makanan di Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bersyukur dengan nikmat makanan di Malaysia.

      Delete
  3. ada yang akak pernah buat..tp biasa la malas share...pas tu ada yang blom cuba..nanti bleh la ikut resepi kat sini

    ReplyDelete
  4. Sedap semuanya walaupun kurang pedas

    ReplyDelete

Post a Comment